Penerbitan Multimedia Kreatif Berfikir di Luar Kotak Inovasi Dalam Pemikiran Bab 1 :: Pengenalan Kepada Rekabentuk Grafik Bab 2 :: Memahami Elemen Multimedia Bab 3 :: Internet Bab 4 :: Pembangunan Multimedia Bab 5 :: Isu & Cabaran

Artikel


MENERUSI Pelan Transformasi Ekonomi (ETP ) yang dilaksanakan kerajaan untuk memacu pembangunan ekonomi negara secara domestik mahupun asing, industri kreatif dikenal pasti sebagai satu entiti yang mampu menjana antara RM6 bilion hingga RM7.2 bilion setahun kepada pendapatan negara dan menyediakan hampir 50,000 peluang pekerjaan menjelang 2020. Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin bersama Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Naguib Razak untuk mengupas secara lanjut mengenai peranan dilaksanakan oleh pihaknya dalam usaha menjadikan industri filem tempatan sebagai entiti penting yang boleh menyumbang kepada perolehan industri kreatif negara menjelang 2020.
INDUSTRI kreatif dijangka dapat menjana perolehan mencecah RM7.2 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020. Melihat kepada jangkaan berkenaan, apakah yang dilaksanakan oleh Finas dalam usaha membantu negara menyumbang kepada sasaran itu? Sejak pelaksanaan ETP oleh kerajaan, industri filem dikenal pasti sebagai salah satu entiti yang mampu menyumbang kepada perolehan industri kreatif. Perkara ini memberi makna kepada kami untuk terus memacu peningkatan perolehan dalam industri perfileman dengan mengadakan promosi dan pemasaran iaitu bagi pertengahan pertama ini sebanyak tujuh pasaran filem antarabangsa telah disertai oleh Finas dan hasil penyertaan pasaran itu sebanyak RM82.89 juta urus janji telah dimeterai. Finas juga melakukan pembangunan modal insan seperti menyediakan Program Latihan Perfileman termasuk program Masterclass kepada penggiat industri untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dengan penggiat industri dari luar negara. Bagi tahun ini, sebanyak dua buah program Masterclass dan 30 buah bengkel latihan bakal diadakan di Finas dengan setakat dari Januari hingga Ogos 2012, sebanyak 17 bengkel sudah dianjurkan. Tambahan penyediaan kemudahan infrastruktur dan peralatan perfileman iaitu kami sentiasa meningkatkan kemudahan peralatan produksi, studio dan infrastruktur pasca produksi yang bertujuan membantu pengusaha filem tempatan dalam penghasilan filem-filem berkualiti dan bermutu seterusnya merancakkan lagi industri perfileman di Malaysia. Perkara lain dilaksanakan Finas bagi merancakkan industri filem dengan menyediakan bantuan kewangan kepada pemain industri itu seperti Dana Seni Filem dan Multimedia, Dana Filem Kenegaraan, Dana Filem Animasi, Dana Kesan Khas (CGI) dan Dana Dokumentari.



Setakat separuh tahun pertama ini, berapakah nilai kutipan filem secara keseluruhan dan apakah faktor yang mendorong meraih pendapatan berkenaan. Adakah nilai itu meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu? Nilai kutipan filem secara keseluruhannya bagi tempoh Januari hingga Julai mencatatkan jumlah RM50.8 juta bagi 37 judul filem. Manakala pada 2011 bagi tempoh sama tahun lalu adalah sebanyak RM60.5 juta bagi 24 judul filem. Di sini terdapat pengurangan nilai kutipan filem walaupun jumlah filem bertambah dan tahun ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM200 juta kepada industri kreatif negara.
Geran Industri Kreatif adalah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011 sehingga 2015). Sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bertujuan merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan supaya mampu bersaing dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Geran itu disasarkan kepada penggiat seni (individu), syarikat dan koperasi yang berkecimpung dalam tiga kategori industri kreatif iaitu Industri Kreatif Multimedia, Industri Kreatif Seni Budaya dan Industri Kreatif Warisan Budaya. Bagi penerbitan filem dan televisyen, pengiklanan, seni reka termasuk games dan virtual world, animasi dan kandungan digital, penerbitan rencana dan penerbitan e-Book adalah di bawah kategori Industri Kreatif Multimedia. Peruntukan disediakan Kerajaan melalui KPKK akan disalurkan kepada Finas mengikut kelulusan permohonan yang perlu melalui dua jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Teknikal Industri Kreatif Multimedia dan Jawatankuasa Induk Penilai Geran Industri Kreatif. Sehingga kini, KPKK akan menyalurkan peruntukan itu kepada Finas sebanyak RM25.9 juta dan Finas akan menyalurkan peruntukan berkenaan kepada permohonan yang berjaya dan melepasi kedua-dua penilaian jawatankuasa dibentuk.




Hikayat Merong Mahawangsa

Sebelum ini, Finas dilaporkan membuat unjuran bagi mencatatkan RM150 juta kutipan filem untuk tahun ini dan daripada unjuran itu, beberapa peratus disumbangkan oleh filem tempatan dan asing.


Pada tahun ini, unjuran bagi kutipan filem yang disasarkan oleh Finas adalah sebanyak RM110 juta bagi filem tempatan saja. Sehingga kini jumlah kutipan Januari hingga Jun 2012 bagi filem tempatan dan asing adalah sebanyak RM302.16 juta. Bagaimana dengan kadar kemasukan filem asing setahun? Filem asing yang dibawa masuk ke Malaysia perlu membuat bayaran filem mengikut kadar jenis filem yang dibawa. Contohnya, filem wayang gambar cerita, treler dan lain-lain. Filem wayang gambar tidak termasuk filem iklan dan dokumentari bagi salinan pertama RM1 seminit atau sebahagiannya. Bagi salinan ke dua dan seterusnya RM2 seminit atau sebahagiannya. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2012, kutipan bayaran filem sebanyak RM773,162 untuk sejumlah 2,897 judul manakala pada 2011 Januari hingga Disember tahun ini, kutipan bayaran filem adalah sebanyak RM2,704,520 untuk 13,546 judul. Bagaimana dengan prestasi membawa keluar produk filem tempatan ke luar negara? Sehingga kini prestasi yang ditunjukkan dalam memasarkan produk tempatan ke luar negara amat memberangsangkan apabila dalam tempoh pertengahan 2012, sebanyak RM82.89 juta urus janji dimeterai berbanding 2011 iaitu hanya RM92 juta. Finas terus konsisten dalam menyertai pasaran filem antarabangsa dan pada tahun ini dijangkakan sebanyak sembilan pasaran filem disertai Finas.

Sekadar gambar hiasan
                                   

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/27
SUMBER DIPETIK DARI : http://www.hmetro.com.my/articles/MampujanaRM7_2b/Article


BERITA
Jumaat Oktober 21, 2011


Industri Kreatif Mampu Jana RM6-7 Blion Untuk Negara - Rais



KUALA LUMPUR: Industri kreatif negara dijangka mampu menjana RM6 bilion hingga RM7.2 bilion setahun kepada pendapatan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata industri itu juga dilihat mampu menyediakan hampir 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini menjelang 2020.
Katanya, ini selaras dengan matlamat Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang dilancarkan pada Jumaat, iaitu untuk menjadikan industri kreatif berdaya saingdan dinamik dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. "DIKN merupakan satu dasar yang signifikan dalam kita merangsang pertumbuhan ekonomi kreatif di dalam negara kita.
"DIKN dapat mewujudkan masyarakat yang menjana ekonomi menerusi seni budaya dan warisan, di samping itu, berlumba-lumba dengan masyarakat antarabangsa yang telah lama meceburi bidang kreatif ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan DIKN dan Jelajah Kreatif DIKN pada Jumaat. Terdahulu, dalam ucapannya, Rais berkata DIKN akan meletakkan pembangunan industri kreatif tanah air pada landasan lebih kukuh dan menyeluruh untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata DIKN, melalui strateginya, menetapkan prinsip asas pembangunan industri kreatif negara, yang menjurus dan memacu kepada kegiatan kreatif secara lebih produktif serta ekonomik, melalui sinergi sektor awam dan swasta.
Katanya, Malaysia menduduki tangga ketujuh di kalangan negara membangun bagi eksport seni rekaan dengan nilai hampir US$3.2 bilion pada 2008.
Justeru, usaha perlu dipertingkat untuk melonjakkan Malaysia ke tangga lebih tinggi melalui kerjasama lebih erat semua pihak dalam menghasilkan produk serta kandungan kreatif yang lebih berdaya saing, katanya. Rais berkata kerajaan juga menyediakan pelbagai dana dan program bagi menggalakkan pertumbuhan industri kreatif tanah air. Ini termasuk pinjaman Dana Industri Kreatif bernilai RM200 juta yang dilancarkan pada 2009 dan Dana Pengdigitalan bernilai RM119 juta, serta geran RM100 juta yang diuruskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk penghasilan kandungan kreatif multimedia. Selain itu, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaranuntuk mengadakan program di 500 sekolah menengah bagi mengenal pasti pelajar yang berbakat dalam seni kreativiti multimedia agar ia dapat dicungkil dan dipupuk dari awal.
Rais berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) juga bercadang mencari peluang untuk pengeluar filem tempatan bekerjasama dengan pengeluar filem antarabangsa bagi menghasilkan filem berkualiti tinggi.
Katanya, dalam hal ini, kerajaan akan membantu membiayai produksi tersebut jika tidak melibatkan kos yang tinggi.
"Kita cuba mencari jalan bagaimana satu atau dua filem yang bertaraf antarabangsa, yang melibatkan pelakon tempatan dan antarabangsa (dapat dihasilkan), sekiranya ia tidak melibatkan kewangan yang begitu tinggi," katanya. - BERNAMA

SUMBER DIPETIK DARI
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/10/21/mstar_berita/20111021194211

__________________________________________________________________________________


FILEM-FILEM MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN TEKNIK CGI


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA




MAGIKA

LIBAS



HAQ




______________________________________________________________________________________________



SeeFood Filem Animasi Bahasa Inggeris Pertama Malaysia

Dec 28, 2011

Pada jam 12 tengahari tadi, telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian antara Grand Brilliance dan Silver Ant Sdn Bhd di Penthouse, Sri Pentas, Bandar Utama yang mana kedua belah pihak bakal bekerjasama untuk menerbitkan filem SeaFood.

Filem SeeFood adalah sebuah filem animasi berbentuk pengembaraan yang dikatakan sebuah filem animasi pertama dalam Bahasa Inggeris di Malaysia. Grand Brilliance bakal menjadi pengedar dan akan memastikan segala promosi filem ini berjalan lancar sementara Silver Ant Sdn Bhd sebagai penerbit filem ini.

SEEFOOD


Filem SeeFood Bakal Ditayangkan 8 Mac 2012
Studio animasi tersohor Malaysia, Silver Ant Sdn Bhd telah membuat kenyataan hari ini bahawa mereka telah memilih Grand Brilliance sebagai pihak promosi dan pengedaran filem animasi adventur pertama mereka, SeeFood.

Dalam majlis menandatangani perjanjian tengahari tadi, Ahmad Izham Omar selaku Pengurus Eksekutif Primeworks Studios menyatakan perasaan berbesar hati pihak Grand Brilliance dalam menerima tanggungjawab mempromosi dan mengedarkan filem SeeFood ke seluruh Malaysia. SeeFood, dengan kelasnya yang tersendiri dari segi penceritaan dan kualitinya juga merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.

Filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!

Mr Goh Aun Hee, pengasas dan penerbit animasi bagi Silver Ant menyatakan yang pemilihan Grand Brilliance sebagai pengedar tunggal filem SeeFood merupakan keputusan mudah, berdasarkan kepada pengaruh dan rekodnya yang utuh dalam kejayaan pengedarannya di pasaran Malaysia.

Perjalanan filem SeeFood ke tanah asalnya, Malaysia adalah setanding pengembaraan perjalanan Pup. Selepas tayangan perdananya di Cannes Marche du Film pada bulan May 2011 yang lalu, SeeFood telah ditayangkan di lebih 90 negara sekeliling Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Pada March 8, 2012, SeeFood akan menemui penonton tempatan di 80 buah panggung.

Kejayaan filem animasi penuh Malaysia di tahap antarabangsa akan membantu kejayaan kedua pihak Silver Ant dan juga industri animasi tempatan. Ia sesungguhnya telah meletakkan Malaysia di industri animasi bertaraf antarabangsa, dengan Silver Ant sebagai penanda aras buat industri animasi Malaysia.
Untuk info lanjut berkenaan filem SeeFood, layari www.seefood-themovie.com

Mengenai Primeworks Studios Sdn Bhd
Primeworks Studios menghasilkan program TV sejak tahun 1984 dan filem sejak tahun 1994. Ia menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun. Primeworks Studios Sdn Bhd adalah penyumbang terbesar kandungan kepada empat saluran televisyen komersil dalam kumpulan Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Antara kandungan yang dihasilkan adalah program hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Rancangan yang popular merangkumi Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Explorace, Jalan Jalan Cari Makan, One In A Million, Mentor, Wanita Hari Ini, Melodi, Jejak Rasul dan 999.
Primeworks Studios menerusi unit Filem dan Drama iaitu Grand Brilliance juga mengeluarkan kira-kira 10 filem setahun termasuk kerjasama dengan penerbit dan pengarah lain di Malaysia dan 200 jam drama serta telemovie setahun. Antara drama terbitan Grand Brilliance yang pernah memenangi anugerah ialah Miftahul Jamilah, Khilaf dan Sebening Azan Yang Dialun. Filem-filem seperti Cinta, Mukhsin dan Talentime turut memenangi anugerah di peringkat antarabangsa dan turut diterima oleh masyarakat penonton filem di merata dunia.

Mengenai Silver Ant Sdn Bhd
Silver Ant ditubuhkan pada tahun 1999 dengan pemahaman dan pengiktirafan bahawa SEMUA yang terjun ke bidang animasi adalah mereka yang dilahirkan dengan minat yang mendalam untuk ‘menggerakkan’ minat dan impian mereka dengan imaginasi dan emosi. Dalam misi ‘menggerakkan’ kreativiti di kalangan ‘kita’, lahirlah Silver Ant. Kejayaan dari segi kreativiti Silver Ant datang dari maklum balas dan sokongan padu dari klien dan dari segala projek yang pernah dijayakan. Ia telah berkembang dari hanya menerbitkan iklan TV,permainan video, filem pendek, treler filem, ke filem animasi penuh. Animasi merupakan satu bentuk seni yang sentiasa dahagakan kemajuan dari segala segi.

SUMBER DIPETIK DARI : http://www.budiey.com/filem-seefood-filem-animasi-pertama-malaysia/





























Tahniah diucapkan kepada Grand Brilliance dan Silver Ant Sdn Bhd    ^_^

___________________________________________________________________________________________


Kanak-kanak dan Seni Lukis

30042010
Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
SUMBER DARIPADA :

No comments:

Post a Comment