Adobe Photoshop
Di sini ada beberape tutorial yang dirasakan sesuai untuk peringakat permualaan. Selamat mencuba ^_^ !!
____________________________________________________________________________________
Drawing Tablet.
Bagi mereka yang ada tablet boleh cuba tutorial dibawah sebagai garis panduan :
SUMBER RUJUKAN :
_____________________________________________________________________________________
Berikut adalah proses bagaimana kami melukis dan menghasilkan karikatur anda.
![]() | LANGKAH 1 - MENERIMA PESANAN & FOTO
Sebelum mula melukis, kami akan membaca pesanan anda dengan teliti untuk memastikan karikatur anda menepati 100% dengan kehendak.
1) PERMINTAAN KARIKATUR:
"Lukiskan anak perempuan saya memakai t-shirt dan skirt sambil menunjukkan lambang 'peace' pada tangannya manakala di tangan yang satu lagi memegang teddy bear. Kalau boleh tambahkan gambar bunga besar sebagai latarbelakang.
p.s- Buat dia sedang tersenyum ye... :)"
|
![]() | LANGKAH 2 - MELAKAR
Berdasarkan foto yang diberi, kami akan mula melakar karikatur anda menggunakan pensil 2B di atas kertas.
Selepas selesai, lakaran karikatur ini akan diemail kepada anda. Kami memerlukan pengesahan daripada anda sebelum melangkah ke proses seterusnya.
|
![]() | LANGKAH 3 - 'INKING'Selepas mendapat persetujuan anda, proses seterusnya adalah meng'ink'kan lakaran tersebut. Lukisan karikatur yang telah di'ink'kan itu kemudiannya diimbas ke dalam komputer dan ditukar kepada format digital. |
![]() | LANGKAH 4 - MEWARNALangkah berikutnya adalah mewarna. Kami menggunakan perisian Adobe Photoshop CS2 untuk mewarna lukisan karikatur tersebut. Kebiasaannya kami akan menggunakan set warna pilihan kami tetapi kami juga amat mengalu-alukan anda sendiri mencadangkan pemilihan warna yang hendak digunakan. |
![]() | LANGKAH 5 - BAYANG & LOREKANKemudian kami akan menambah bayang dan lorekan di tempat yang perlu untuk meng'hidup'kan lukisan karikatur tersebut. |
![]() | LANGKAH 6 - PENAMAT
Langkah terakhir (jika perlu) adalah menambah latarbelakang, teks dan efek bergantung kepada kehendak tempahan anda.
Setelah siap, lukisan karikatur digital ini akan diemail terus kepada anda. Kami menyediakan lukisan karikatur anda dalam format JPEG. Resolusi adalah pada 300dpi dan amat sesuai untuk cetakan berkualiti walaupun untuk saiz poster (A2).
Dan untuk langkah berjaga-jaga, kami menyarankan anda untuk mem'burn'kan file tersebut di dalam CD untuk simpanan.
|
SUMBER DARIPADA :
No comments:
Post a Comment