Penerbitan
Multimedia Kreatif merupakan satu cabang
ilmu yang diperkenalkan bagi melengkapkan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai persediaan awal
dalam usaha mengeluarkan tenaga kerja yang berketrampilan dalam bidang
teknikal, pendidikan di peringkat sekolah menengah telah menawarkan kursus
dalam bidang Multimedia. Kursus ini memberikan serba sedikit pendedahan awal tentang apa itu Multimedia dan
penerapannya dalam kehidupan seharian. Dengan ini sekurang-kurangnya pelajar
akan mempunyai asas yang boleh digunakan pada masa akan datang.
Projek ini merupakan satu
projek e-learning dimana sebuah blog pengajaran dan pembelajaran akan
diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar aliran Multimedia . Mengetahui bahawa pelajar sekarang lebih gemar mencari bahan pembelajaran melalui
internet kami mewujudkan blog pengajaran dan pembelajaran Kursus Multimedia ini ,
dengan harapan dapat membantu mereka sedikit sebanyak dalam usaha mencari maklumat
tambahan berkenaan kursus Multimedia Kreatif. Blog ini akan dilengkapi dengan
nota-nota mengikut silibus matapelajaran yang diajarkan di sekolah.
Diharap bolog ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat samada untuk pendidikan atau sebagai bahan ilmu tambahan.
No comments:
Post a Comment